Dunia kecerdasan buatan (AI) baru saja dikejutkan dengan satu penggabungan syarikat bernilai 20 bilion dolar antara Cohere dari Kanada dan Aleph Alpha dari Jerman. Penggabungan dua nama besar ini menjadikannya syarikat AI bukan Amerika yang paling bernilai dalam sejarah.
Tapi di sebalik angka berbilion itu, sebab utama dorang bergabung adalah isu keselamatan data: dorang mahu bina sistem AI yang bebas sepenuhnya daripada undang-undang Akta CLOUD Amerika Syarikat.
Untuk bank antarabangsa, agensi kerajaan, dan syarikat besar di seluruh dunia, gabungan ini beri laluan keluar daripada risiko data sulit dorang diselongkar sesuka hati.
Kenapa Syarikat Korporat Takut Dengan Akta CLOUD AS?
Bawah undang-undang Akta CLOUD yang diluluskan di Amerika pada 2018, mahkamah sana ada kuasa paksa syarikat teknologi AS untuk serahkan apa saja data pelanggan yang disimpan di pelayan komputer dorang. Tidak peduli sama ada pelayan komputer itu secara fizikal duduk di Frankfurt, Singapura, atau Kuala Lumpur.
Bagi orang biasa guna aplikasi telefon, perkara ini mungkin nampak kecil. Tapi bagi syarikat perbankan, rekod hospital pesakit, dan rahsia perniagaan syarikat tempatan, ini risiko keselamatan yang sangat bahaya.
Walaupun syarikat awan gergasi kata dorang ada pusat data tempatan di Asia, hakikat undang-undang tetap sama: selagi syarikat induk dorang bertapak di Amerika, data pelanggan tetap boleh diminta oleh mahkamah sana pada bila-bila masa.
Kelebihan Gabungan Teknologi Dua Syarikat Ini:
1. Jawapan Tepat Berdasarkan Dokumen Syarikat: Cohere sangat pakar membina sistem carian dokumen dalaman yang tepat. Bila staf pejabat tanya soalan pada AI, ia jawab betul-betul berpandukan fail syarikat tanpa reka maklumat palsu.
2. Boleh Semak Sumber Ayat Demi Ayat: Teknologi Aleph Alpha pula membolehkan staf semak dari mana AI ambil setiap ayat jawapan tersebut. Ini memudahkan pihak audit syarikat semak ketepatan fakta undang-undang.
3. Boleh Pasang di Pelayan Pejabat Sendiri: Sistem gabungan ini boleh dipasang terus pada pelayan komputer dalaman syarikat atau pusat data tempatan, tanpa perlu hantar data keluar ke pelayan Silicon Valley.
Pengajaran Penting Untuk Syarikat di Malaysia dan Sabah
Kisah penggabungan ini bagi pengajaran penting kepada dunia perniagaan di tempat kita. Bila bisnes mula beralih ke zaman digital dan guna AI, keselamatan data bukan lagi cerita teori, tapi benteng penting menjaga rahsia perniagaan.
Bagi syarikat kewangan, pemaju hartanah, dan agensi perkhidmatan di Sabah, guna sistem automasi yang boleh dikawal sendiri di pelayan tempatan memastikan data transaksi pelanggan, kos pembekal, dan dokumen sulit tidak terdedah kepada pihak luar.
Zaman bergantung bulat-bulat pada syarikat teknologi luar negara sudah mula berubah. Sekarang adalah masa untuk perniagaan ada kawalan penuh pada data dan sistem sendiri.
Untuk tahu bagaimana perniagaan moden menyusun sistem automasi yang selamat dan kemas mengikut piawaian industri, hubungi pasukan ELTY Digital hari ini.