Kembali ke Semua Artikel

5 Cara Susun Website Supaya Pelawat Terus WhatsApp Beli Barang

Banyak website bisnes di Sabah hadapi masalah yang sama: pelawat masuk ramai, tapi jualan langsung tiada. Peniaga di Kota Kinabalu, Sandakan, mahupun Tawau bayar iklan mahal-mahal di Meta dan Google untuk bawa beribu orang masuk ke website, tapi dorang keluar balik dalam beberapa saat saja.

Website yang cantik tapi tidak hasilkan jualan bukanlah aset yang berguna. Ia cuma jadi brosur digital yang menghabiskan duit poket.

Membaiki website supaya membawa jualan (CRO) sebenarnya bukan pasal letak hiasan grafik canggih. Ia tentang cara kita buang benda yang menyusahkan pelawat supaya dorang senang buat keputusan membeli.

Di Sabah, orang beli barang sebab rasa percaya dan senang berhubung terus. Website yang tiru gaya korporat luar negara selalunya tidak jalan di sini.

5 Perkara Wajib Ada Pada Website Bisnes di Sabah:

1. Terangkan Servis Dalam 4 Saat Pertama: Bila orang buka website di telefon, kita ada masa empat saat saja sebelum dorang bosan. Jangan letak ayat berbunga macam 'Menerajui Kecemerlangan Masa Depan'. Tulis terus terang apa servis yang kita buat dan untuk siapa. Contohnya: 'Pakar Ubah Suai Pejabat & Kedai di Kota Kinabalu'.

2. Letak Butang WhatsApp Yang Senang Ditekan: Di Sabah dan Malaysia, jangan paksa orang isi borang panjang lapan baris dan suruh dorang tunggu emel sebut harga dua hari. Orang kita mahu jawapan cepat. Sediakan butang WhatsApp terapung yang senang ditekan dengan mesej siap sedia, terus bersambung ke telefon staf jualan.

3. Tunjuk Gambar Projek dan Ulasan Orang Tempatan: Pasaran di Sabah ini rapat dan orang saling mengenali. Gambar orang luar negara dari internet sudah tidak laku. Tunjuk gambar projek sebenar yang siap, video ulasan pelanggan tempatan, dan nama bisnes yang orang KK kenal. Bukti bergambar macam ini serta-merta buat orang percaya.

4. Website Mesti Ringan di Telefon: Lebih 80% orang di Sabah layari website guna data telefon bimbit. Kalau website sarat dengan animasi berat dan gambar besar yang lambat loading, orang terus pangkah dan lari. Pastikan tulisan senang dibaca dan butang senang ditekan guna ibu jari.

5. Fokus Pada Satu Arahan Utama Saja: Jangan peningkan kepala pelawat dengan suruh buat macam-macam benda sekali gus. Sekejap suruh follow Instagram, sekejap suruh download PDF, sekejap suruh isi borang. Akhirnya dorang tidak buat apa-apa. Fokuskan satu halaman kepada satu tindakan saja: terus hubungi WhatsApp untuk buat tempahan.

Tukar Website Jadi Jurujual 24 Jam

Membaiki jalan masuk pelanggan di website adalah cara paling jimat gandakan untung. Kalau daripada 100 orang pelawat kita berjaya naikkan pembeli daripada seorang jadi dua orang, untung kita berganda tanpa perlu tambah bajet iklan walaupun satu ringgit.

Untuk bina website laju yang direka khusus menukar pelawat jadi pembeli sebenar, hubungi pasukan ELTY Digital hari ini.

Kongsi ke WhatsApp

Ready to move your brand forward?

Tell us where your business needs to grow. We will help plan, create and manage the marketing required to get there.

Start a conversation
WhatsApp